Wednesday, December 15, 2010

kesedaran se0rang insAn

Ketika ini
Dia belayar di dalam
Bahtera khayalan
Dia dipeluk oleh
Dunia fantasi
Dia diikat dengan cinta


Ketika senja mulai rebah
Dia mula sedar
Dia mula bangkit
Mulakan dayungan kemenara gading
Dia perlu mengasah jasa
Dia perlu mengukir bakti
Pada negara yang dia cintai
Pada bangsa yang dia hormati
Pada keluarga yang dia kasihi


Pedulikan semua perasaan benci
Bangkit membina satu kehidupan
Yang berlandaskan erti kehidupan
Sebenar....

KASIH AYAH & IBU..

Ayah...
Wajahmu sentiasa tenang
Membuat aku ada kala sukar
Memahami
Perasaan mu sewaktu terguris
Tetapi sesekali
Ku lihat redup wajahmu
Ingin aku hampiri dan bertanya
Tetapi bolehkah usia kecilku ini
Membantu....???


Ibu...
Wajahmu menggambarkan
Keikhlasan
Membesar dan mendidikku
Menjadi ihsan mulia di sisi Tuhan
Menjadi ihsan berhemah di sisi
Masyarakat.


Ayah,Ibu....
Sebagai anak aku akui
Kadang-kadang terlepas laku
Memberontak dan melawan
Maafkan aku ayah
Maafkan aku ibu
Demi impian
Demi harapan
aku berjanji
Menjadi anak yang diredhai
Dunia dan akhirat.

perkenalan...

hai.....
ini cuma perkenalan diri aq
iaitu sbgi lily/aini...
klu nak tau tntg saya...layarilah blog saya